Skip to main content

Iklan

Iklan

Balik kampung bawa COVID-19, ingkar larangan 'mudik'

Ramai penduduk Indonesia terutama di pulau Jawa, yang tidak mengendahkan  arahan pemerintah melarang  'mudik' atau pulang ke kampung sempena Ramadan, seperti dilaporkan Jakarta Post dengan sebilangannya, didapati positif COVID-19 setibanya di kampung.

Anggaran Waktu Membaca:
Balik kampung bawa COVID-19, ingkar larangan 'mudik'

(Gambar: Willy Kurniawan/REUTERS)

Diterbitkan : 30 Apr 2020 10:10PM Dikemas Kini : 30 Apr 2020 10:12PM

JAKARTA: Ramai penduduk Indonesia terutama di pulau Jawa, yang tidak mengendahkan arahan pemerintah melarang 'mudik' atau pulang ke kampung sempena Ramadan, seperti dilaporkan Jakarta Post dengan sebilangannya, didapati positif COVID-19 setibanya di kampung.

Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, berkata beliau menerima laporan dan gambar yang menunjukkan penduduk mengambil risiko dan bergadai nyawa untuk pulang ke kampung masing-masing dengan merentasi beberapa wilayah.

"Ada penduduk bersembunyi dalam kereta yang kemudian disorok dalam trak di bawah timbunan barangan lain.

"Selain itu, terdapat juga yang bersembunyi dalam kontena, namun ini belum disahkan," katanya di Semarang, pada Selasa (28 Apr).

Tambahnya, beliau menerima laporan daripada pihak berkuasa Cilacap bahawa ada penduduk yang baru tiba di kampung meskipun terdapat larangan mudik dan mereka didapati positif COVID-19.

Menurut laporan Jakarta Post, Ketua Agensi Kesihatan Cilacap, Pramesti Griana Dewi, mengesahkan lapan penduduk daerah Cimanggu, yang menaiki satu kenderaan dari Jakarta ke Cilacap, diuji positif virus itu.

"Kesemuanya kini menjadi pesakit di bawah pemantauan (PDP)," katanya.

"Mereka akan menjalani ujian 'polymerase chain reaction' (PCR) bagi memastikan status sebenar kesihatan."

Encik Ganjar menegaskan balik kampung secara sembunyi-sembunyi bukan saha membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain. Beliau menggesa penduduk supaya bersikap telus dengan pegawai perubatan sekiranya mereka terpaksa pulang ke rumah dalam keadaan terdesak.

Katanya lagi, datuk bandar dan ketua kampung seluruh Jawa Tengah sudah diminta menyiapkan protokol pemeriksaan kesihatan dan tempat kuarantin bagi menempatkan penduduk yang beramai-ramai balik ke kampung.

Menurut polis Jakarta, bilangan kenderaan meninggalkan ibu kota, Jakarta meningkat sejak dua hari lalu, sebelum penguatkuasaan larangan mudik bermula esok (1 Mei).  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan