Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bali terima semula pelawat tempatan selepas 4 bulan ditutup akibat COVID-19

Pusat-pusat peranginan di Bali dibuka semula kepada pelancong tempatan selepas empat bulan ditutup kerana pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Bali terima semula pelawat tempatan selepas 4 bulan ditutup akibat COVID-19

Pantai di Bali yang selalunya sesak kelihatan kosong akibat pandemik COVID-19 (Gambar: AFP/Sonny Tumbelaka)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 02:11PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 02:15PM

BALI: Pusat-pusat peranginan di Bali dibuka semula kepada pelancong tempatan selepas empat bulan ditutup kerana pandemik COVID-19.

Gabenor Bali mengalu-alukan langkah memulihkan ekonomi dan mula mengurangkan sekatan kegiatan awam tiga minggu lalu.

Di bawah kelonggaran yang dilaksanakan mulai Jumaat (31 Jul), rakyat Indonesia yang mengunjungi Bali akan berdepan peraturan ketat di hotel, restoran dan juga pantai.

"Ya, memang ada ketakutan-ketakutan tertentu, tetapi saya yakin jika kita dapat melindungi diri kita sendiri dan mengikuti protokol yang telah ditetapkan, semuanya akan menjadi baik," ujar Cik Anita Firna, pelancong domestik dari Surabaya.

Pelancong asing akan dibenarkan ke pulau itu mulai 11 September.

Pelancongan merupakan sumber pendapatan utama Bali, yang menerima enam juta pelancong dari luar negara dan 10 juta dari Indonesia tahun lalu.

Penularan wabak yang membawa maut itu menyebabkan bilangan pelancong merosot.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan