Skip to main content

Iklan

Iklan

Ayam beku diimport dari Brazil diuji positif COVID-19

Para pegawai bandar Shenzhen berkata satu sampel ayam beku yang diimport dari Brazil diuji positif bagi COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ayam beku diimport dari Brazil diuji positif COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 05:12PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 09:54PM

SHENZHEN: Para pegawai bandar Shenzhen berkata satu sampel ayam beku yang diimport dari Brazil diuji positif bagi COVID-19.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan segera mengesan dan menguji setiap orang yang mungkin menyentuh produk makanan yang tercemar itu, namun tiada seorang pun yang diuji positif COVID-19 setakat ini.

Malah pada Rabu (12 Ogos), media China melaporkan virus itu turut dikesan pada bungkusan udang yang diimport dari Ecuador semasa pemeriksaan rutin yang dijalankan di sebuah bandar di wilayah Anhui.

Bandar-bandar China yang lain, termasuk Xiamen dan Dalian, juga sudah melaporkan kes-kes serupa melibatkan pembekal-pembekal udang dari Ecuador sejak bulan Julai.

Ia sekali gus menyebabkan China menggantungkan import dari tiga pembekal udang dari negara itu.

China sudah menjalankan pemeriksaan ketat ke atas kontena-kontena daging dan makanan laut di beberapa pelabuhan utamanya sejak penularan baru COVID-19 dikesan Jun lalu.

Penularan itu dikaitkan dengan sebuah pasar borong di Beijing. 

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan