Skip to main content

Iklan

Iklan

Australia tidak ubah rancangan buka semula sempadan pada pertengahan 2022

Australia mengekalkan rancangan untuk mula membuka semula sempadan negara itu kepada seluruh dunia mulai pertengahan tahun depan, menurut  pegawai pada Ahad (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Australia tidak ubah rancangan buka semula sempadan pada pertengahan 2022

Kawasan ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 16 May 2021 08:36PM Dikemas Kini : 16 May 2021 08:38PM

MELBOURNE: Australia mengekalkan rancangan untuk mula membuka semula sempadan negara itu kepada seluruh dunia mulai pertengahan tahun depan, menurut pegawai pada Ahad (16 Apr).

Pada Mac 2020, Australia menutup sempadannya kepada pelawat bukan warganegara serta bukan penduduk dan sedari itu hanya membenarkan ketibaan antarabangsa yang terhad - terutamanya melibatkan rakyat dari luar negara yang pulang ke tanah air.

"Dari awal hingga akhir, kami akan dipandu oleh nasihat perubatan," kata Perdana Menteri Scott Morrison dalam satu taklimat di televisyen. "Kami akan berpandukan nasihat ekonomi."

Awal dari itu, Bendahari Josh Frydenberg memberitahu stesen penyiaran Australian Broadcasting Corp (ABC) bahawa nasihat perubatan untuk terus menutup sempadan telah "membawa banyak kebaikan kepada kami sepanjang krisis ini".

Penutupan sempadan Australia digabungkan dengan arahan berkurung sepenuhnya, pengesanan kontak yang pantas dan pematuhan kesihatan oleh orang awam menjadikan langkah-langkah kawalannya sebagai antara yang paling berkesan di dunia. Jumlah jangkitan COVID-19 di negara itu adalah sebanyak 29,700 dengan 910 kematian.

Namun, rancangan membuka semula sempadan yang didedahkan minggu ini mencetuskan kritikan daripada golongan perniagaan dan industri serta anggota parlimen dalam Parti Liberal yang dipimpin Encik Morrison.

"Seperti kebanyakan langkah, penutupan sempadan antarabangsa mempunyai kesan sementara tetapi ia tidak mampan dan akan membawa kita ke keadaan terasing," akhbar Sunday Age menukil kata-kata Tim Wilson, seorang Anggota Parlimen Parti Liberal dari Melbourne.

Akhbar itu juga menerbitkan rakaman dari Ketua Pegawai Kesihatan Victoria, Brett Sutton, salah seorang pegawai yang bertanggungjawab bagi perintah berkurung selama 111 hari yang sukar namun berjaya di Melbourne tahun lalu.

Encik Sutton mencadangkan agar Australia mula memikirkan tentang strategi pembukaan semula negara itu sejurus terdapat perlindungan vaksinasi yang tinggi.

Belanjawan kerajaan yang didedahkan minggu ini membayangkan vaksinasi untuk semua warga Australia menjelang akhir tahun ini.

Penutupan sempadan itu menyebabkan ramai warga Australia terkandas di luar negara. Perangkaan kerajaan menunjukkan sekitar 9,000 warga Australia di India sudahpun mendaftarkan permohonan untuk pulang ke tanah air.

Pada Sabtu, penerbangan pertama dari New Delhi - ekoran larangan Australia ke atas penerbangan dari India - tiba di bandar utara Darwin dengan pesawat yang separuh kosong. Ini kerana ramai yang merancang untuk membuat perjalanan ke kota itu dilarang menaiki pesawat setelah diuji positif bagi koronavirus.

Encik Morrison mempertahankan syarat-syarat ujian.

"Saya sudah melihat saranan-saranan daripada orang lain yang berpendapat bahawa kami boleh membawa orang yang diuji positif COVID menaiki di pesawat dan menerbangkan mereka ke Australia," katanya kepada para wartawan.

"Itu tidak masuk akal." 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan