Australia pertimbang lambatkan kepulangan rakyatnya dari luar negara bagi bendung penularan virus COVID-19
Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata negara itu besar kemungkinan melambatkan kepulangan rakyatnya dari luar negara bagi membendung penularan virus COVID-19.
SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata negara itu besar kemungkinan melambatkan kepulangan rakyatnya dari luar negara bagi membendung penularan virus COVID-19.
Australia sedang berusaha mengawal penularan baru virus tersebut di Victoria terutama sekali bandar utama wilayah itu, Melbourne.
Sempadan antara Victoria dengan wilayah Australia paling ramai penduduk, New South Wales, ditutup.
Penutupan sempadan antara dua wilayah itu yang pertama dalam masa satu kurun.
Selain itu sekitar 4.9 juta penduduk Melbourne dikenakan semula sekatan ketat, melarang mereka keluar rumah kecuali bagi urusan penting.
Menurut Ketua Negeri Victoria, Daniel Andrews, penduduk tidak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan perumahan mereka bermula Rabu selepas negara itu merekodkan 191 lagi kes baru.
Kira-kira 3,000 penduduk di sembilan blok kondominium diberi notis satu jam sebelum dilarang meninggalkan tempat tinggal mereka sekurang-kurangnya lima hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.