Koronavirus

Images
  • victoria melbourne australia covid-19 mask
    Penduduk Melbourne di wilayah Victoria, Australia memakai pelitup di tengah COVID-19 (Gambar: REUTERS/Sandra Sanders)

Australia mulakan program vaksinasi COVID-19

AUSTRALIA: Program suntikan vaksin secara besar-besaran di Australia bermula hari ini (22 Feb).

Sekurang-kurangnya 60,000 orang dijangka disuntik minggu ini.

Kumpulan pertama 700,000 orang yang akan diberi suntikan vaksin Pfizer BioNTech itu terdiri daripada pekerja barisan depan dalam sektor kesihatan, pengawal sempadan serta pekerja dan penghuni rumah-rumah tumpangan.

Semalam, segelintir orang diberi suntikan tersebut termasuk Perdana Menteri Scott Morrison.

Suntikan tidak diwajibkan dan diberi secara percuma.

Pihak berkuasa berharap dapat menyuntik semua orang yang mahu menjelang bulan Oktober ini.

Ketua pegawai perubatan Australia berkata kira-kira 20 peratus rakyat negara itu keberatan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 kerana berasa sangsi.

Lantaran itu, kerajaan memberi keutamaan dalam usaha meyakinkan rakyatnya terhadap kebaikan vaksin tersebut.

Kebanyakan vaksin COVID-19 di Australia akan dihasilkan di negara itu sendiri.

Selain vaksin Pfizer, Australia akan menggunakan vaksin AstraZeneca apabila diperolehi beberapa minggu lagi.

- Agensi berita/MU/nk

Top