Skip to main content

Iklan

Iklan

Australia lapor kematian pertama akibat kes darah beku; mungkin terkait dengan vaksin AstraZeneca

Australia pada Jumaat (16 Apr) melaporkan kematian pertama akibat pembekuan darah seorang penerima suntikan COVID-19 AstraZeneca dan pihak kawal selia vaksin itu berkata mungkin terdapat kaitan antara kematian wanita berusia 48 tahun itu dengan vaksin tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia lapor kematian pertama akibat kes darah beku; mungkin terkait dengan vaksin AstraZeneca

Bebuli vaksin COVID-19 AstraZeneca. (Gambar: REUTERS/Yves Herman/File Photo)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 11:15AM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 11:17AM

SYDNEY: Australia pada Jumaat (16 Apr) melaporkan kematian pertama akibat pembekuan darah seorang penerima suntikan COVID-19 AstraZeneca dan pihak kawal selia vaksin itu berkata mungkin terdapat kaitan antara kematian wanita berusia 48 tahun itu dengan vaksin tersebut.

Kes wanita itu adalah kes pembekuan darah ketiga yang berlaku pada para individu yang menerima vaksin berkenaan di Australia. Dua individu lain sedang beransur pulih, menurut Jabatan Pentadbiran Barangan Perubatan (TGA).

TGA menyatakan bahawa pihaknya sedang "menyemak dengan teliti" kejadian serupa di Australia.

Wanita dari wilayah New South Wales itu menerima vaksin AstraZeneca pada 8 Apr, iaitu pada hari pemerintah Australia mengumumkan bahawa vaksin Pfizer akan diberikan kepada para pesakit yang berusia bawah 50 tahun.

Sekiranya tiada sebab alternatif yang menyebabkan pembekuan darah, Kumpulan Siasatan Keselamatan Vaksin Australia (VSIG) "percaya kaitan dengan vaksinasi perlu diambil kira buat masa ini," menurut TGA.

VSIG mengadakan mesyurarat lewat Jumaat lalu menyusuli kematian wanita itu.

TGA menyatakan bahawa kesnya menjadi rumit disebabkan oleh keadaan perubatannya, termasuk penyakit kencing manis "serta beberapa ciri khas."

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan