Australia lapor 1,607 kes baru sedang penduduk 'belajar hidup bersama COVID-19'
Australia melaporkan lebih 1,600 kes baru COVID-19 hari ini (18 Sep) sedang seluruh negara itu mula menyesuaikan diri untuk hidup bersama koronavirus, dan tidak lagi menumpukan usaha bagi menghapuskannya.
MELBOURNE: Australia melaporkan lebih 1,600 kes baru COVID-19 hari ini (18 Sep) sedang seluruh negara itu mula menyesuaikan diri untuk hidup bersama koronavirus, dan tidak lagi menumpukan usaha bagi menghapuskannya.
507 daripada kes-kes baru itu dicatatkan di wilayah Victoria.
Wilayah Australia itu akan menamatkan sekatan pergerakan apabila 70 peratus penduduk 16 tahun dan ke atas, sudah divaksin sepenuhnya.
Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata, wilayah itu mungkin mencapai ambang vaksinasi sekitar 26 Oktober depan.
Sejauh ini, kira-kira 43 peratus penduduk Victoria sudah divaksin sepenuhnya.
Apabila matlamat itu dicapai kelak, para penduduk akan diberi kebebasan untuk meninggalkan rumah tanpa sebarang sebab.
Namun sebahagian besar sekatan jarak sosial akan terus dikekalkan.
Pembukaan sempadan antarabangsa Australia pula akan dibuka secara bertahap-tahap apabila 80 peratus penduduk sudah lengkap vaksinasi.
New South Wales juga mengamalkan pendekatan yang serupa.
Wilayah yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi di Australia itu melaporkan lebih 1,000 kes hari ini.
Namun hari ini, New South Wales mula melonggarkan sekatan terhadap perhimpunan.
Sejauh ini, sekitar 52 peratus daripada penduduknya sudah divaksin sepenuhnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.