Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia lancar program vaksinasi sehari lebih awal

Australia melancarkan program vaksinasinya hari ini (21 Feb) iaitu sehari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia lancar program vaksinasi sehari lebih awal

Penduduk Australia beratur untuk menjalani ujian swab. (Gambar fail: REUTERS/Loren Elliott)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 06:16PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 06:18PM

AUSTRALIA: Australia melancarkan program vaksinasinya hari ini (21 Feb) iaitu sehari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Perdana Menteri Scott Morrison menjadi antara yang pertama untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech, dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan orang ramai terhadap program vaksinasi negara itu.

Ketua Pegawai Perubatan Paul Kelly, dua penghuni rumah jagaan serta para jururawat dan pekerja barisan hadapan turut disuntik vaksin COVID-19 hari ini.

Mereka merupakan antara kumpulan kecil yang menerima suntikan vaksin hari ini menjelang pelaksanaan program vaksinasi secara besar-besaran di Australia, mulai esok (22 Feb).

Mulai esok, 16 hab hospital di merata Australia akan mula memberikan suntikan vaksin kepada kakitangan kuarantin, sempadan dan jagaan kesihatan.

Buat masa ini, dos-dos vaksin tersebut masih dihantar ke semua hab berkenaan.

Sekumpulan jururawat juga akan dikerahkan ke 190 bandar untuk memberikan suntikan vaksin kepada para penduduk warga tua yang menetap di 240 rumah jagaan.

Sehingga empat juta rakyat Australia dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 secara sukarela menjelang bulan depan.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Universiti Nasional Australia bagaimanapun mendapati bahawa hampir 22 peratus rakyat Australia mungkin tidak akan mendapatkan suntikan vaksin tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan