Skip to main content

Iklan

Iklan

Australia catat rekod baru penularan COVID-19; 13 kematian

Australia pada Khamis (30 Jul) mencatatkan rekod baru jangkitan COVID-19 dan penularan pandemik paling teruk sejauh ini ekoran lonjakan dalam kes di rumah-rumah jagaan warga tua. 

Anggaran Waktu Membaca:
Australia catat rekod baru penularan COVID-19; 13 kematian

Pengunjung memakai pelitup muka ketika berjalan di dermaga St Kilda, Melbourne, setelah ia menjadi bandar pertama di Australia untuk menguatkuasakan penggunaan pelitup. (Gambar: Sandra Sanders/REUTERS)

Diterbitkan : 30 Jul 2020 05:29PM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 05:31PM

SYDNEY: Australia pada Khamis (30 Jul) mencatatkan rekod baru jangkitan COVID-19 dan penularan pandemik paling teruk sejauh ini ekoran lonjakan dalam kes di rumah-rumah jagaan warga tua.

Sejumlah 747 kes baru disahkan dalam tempoh 24 jam lalu, umum Pemangku Ketua Pegawai Perubatan negara itu, Paul Kelly, di satu sidang media.

Wilayah Victoria mengumumkan langkah-langkah sekatan baru bagi membendung penularan COVID-19.

Mulai tengah malam ini (30 Jul), lawatan ke rumah tidak dibenarkan di beberapa bahagian di wilayah tersebut.

Mulai Isnin depan, semua penduduk harus memakai pelitup ketika di khalayak ramai.

Langkah-langkah baru tersebut diumumkan ketika wilayah Victoria mencatatkan jumlah tertinggi kes COVID-19 dalam sehari.

Di wilayah itu sahaja, 723 kes baru COVID-19 dicatatkan pada Khamis iaitu jauh daripada rekod lama hampir 200 kes sebelum ini.

Sekurang-kurangnya lagi 13 kematian akibat COVID-19 juga dilaporkan. Kebanyakan pesakit yang mati berusia antara 70-an hingga 90-an tahun.

Rumah-rumah jagaan warga tua menjadi pusat penularan COVID-19 di Victoria.

Sejauh ini, lebih 900 kes COVID-19 dikaitkan dengan kemudahan tersebut.

Pemerintah pusat Australia sudahpun mengerahkan lebih 1,000 kakitangan tentera ke bandar Melbourne untuk membantu mengekang penularan COVID-19. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan