Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aturan alternatif bagi mesyuarat dilanjutkan sehingga hujung Jun 2021

Sesetengah mesyuarat di Singapura boleh terus diadakan secara elektronik sehingga hujung Jun tahun depan, dengan peruntukan baru bagi pengundian elektronik masa nyata.

Anggaran Waktu Membaca:
Aturan alternatif bagi mesyuarat dilanjutkan sehingga hujung Jun 2021

Para pekerja kelihatan di Raffles Place semasa waktu makan tengah hari pada 2 Jun 2020. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 02:48PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 02:50PM

SINGAPURA: Sesetengah mesyuarat di Singapura boleh terus diadakan secara elektronik sehingga hujung Jun tahun depan, dengan peruntukan baru bagi pengundian elektronik masa nyata.

Pindaan pada perintah berkaitan aturan alternatif bagi mesyuarat di bawah Akta (Langkah-Langkah Sementara) COVID-19 berkuat kuasa pada Selasa (29 Sep), menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dalam kenyataan medianya.

Di bawah pindaan itu, perintah mesyuarat kini dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 setelah ia dijadualkan tamat tempoh pada Rabu. Perintah itu berkuat kuasa 27 Mac sebagai sebahagian daripada langkah untuk membendung penularan COVID-19 di Singapura.

Pindaan itu memperhalusi peruntukan dalam perintah tersebut untuk "memudahkan penganjuran dan pelibatan bagi mesyuarat maya", menurut MinLaw.

Ia juga melanjutkan peruntukan penangguhan untuk mesyuarat bagi sesetengah entiti bagi memberikan "entiti-entiti ini dengan tempoh tangguh lanjut untuk mengatasi kesulitan praktikal dalam mengadakan mesyuarat".

Para pekerja dinasihatkan supaya bekerja dari rumah sejak permulaan pandemik itu demi mengekang penularan COVID-19. Minggu lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) melonggarkan sekatan untuk membenarkan lebih ramai orang kembali ke tempat kerja tetapi menegaskan bahawa bekerja dari rumah tetapi menjadi pilihan yang disarankan.

PENYESUAIAN PADA MESYUARAT

Pengundian elektronik masa nyata akan dibenarkan bagi sesetengah jenis mesyuarat yang diadakan pada atau selepas 1 Oktober selagi "perlindungan tertentu yang ditetapkan" diguna pakai dan para hadirin masih dibenarkan untuk memilih dengan melantik pengerusi atau penasihat sebagai wakil mereka.

Peruntukan itu dikenakan untuk mesyuarat agung kebanyakan entiti, kecuali bagi perbadanan pengurusan dan perbadanan pengurusan anak syarikat serta mesyuarat yang berkaitan dengan kemuflisan serta ktidakmampuan untuk membayar hutang.

Aturan alternatif sedia ada yang menyediakan pengundian menerusi kaedah elektronik kekal tidak berubah, menurut MinLaw.

Pindaan juga dibuat untuk menjelaskan bahawa entiti mempunyai pilihan untuk melakukan Soal Jawab masa nyata melalui kaedah elektronik, asalkan ia juga membenarkan para peserta untuk mengemukakan perkara yang ingin mereka bangkitkan melalui pos atau emel sebelum mesyuarat.

Pindaan tersebut juga menjelaskan bahawa entiti mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah elektronik lain, termasuk wadah AGM maya, untuk menerima penyerahan dan instrumen proksi yang ditandatangani oleh para peserta sebelum mengadakan mesyuarat. Ini selagi ia juga membenarkan penyerahan tersebut melalui pos atau emel.

PENANGGUHAN DILANJUTKAN UNTUK SESETENGAH MESYUARAT

Pindaan itu juga memperluaskan peruntukan penangguhan untuk sebilangan mesyuarat, menurut MinLaw.

Peruntukan penangguhan dilanjutkan untuk mesyuarat berikut, yang boleh diadakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020:

- Mesyuarat-mesyuarat agung dan lembaga pertubuhan amal serta persatuan berdaftar

- Mesyuarat agung koperatif persatuan, pertubuhan saling menguntungkan, syarikat pengurusan (termasuk untuk tujuan penjualan kolektif) dan firma pengurusan anak syarikat

- Mesyuarat kesatuan sekerja dan eksekutif serta cawangannya

Peruntukan penangguhan dalam perintah mesyuarat tidak dilanjutkan untuk mesyuarat berikut:

- Mesyuarat majlis bandaran dan jawatankuasa majlis bandaran

- Mesyuarat jawatankuasa pengurusan sekolah dan lembaga pentadbir sekolah

- Mesyuarat berkaitan kemuflisan dan kegagaan membayar hutang

Tidak ada peruntukan penangguhan untuk mesyuarat agung syarikat, syarikat modal berubah, amanah perniagaan, amanah saham, pemegang surat akuan dan mesyuarat jawatankuasa penjualan kolektif, tambah kementerian itu. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan