Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AstraZeneca yakin vaksin COVID-19 ciptaannya berkesan terhadap jenis baru virus dari UK

Syarikat pembuat ubat-ubatan AstraZeneca Plc memberitahu Reuters pada Selasa (22 Dis) bahawa vaksin COVID-19 ciptaannya seharusnya berkesan mengatasi jenis virus COVID-19 yang baru, sambil menambah bahawa kajian sedang dijalankan bagi mengkaji sepenuhnya kesan mutasi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
AstraZeneca yakin vaksin COVID-19 ciptaannya berkesan terhadap jenis baru virus dari UK

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 11:27AM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 11:33AM

REUTERS: Syarikat pembuat ubat-ubatan AstraZeneca Plc memberitahu Reuters pada Selasa (22 Dis) bahawa vaksin COVID-19 ciptaannya seharusnya berkesan mengatasi jenis virus COVID-19 yang baru, sambil menambah bahawa kajian sedang dijalankan bagi mengkaji sepenuhnya kesan mutasi itu.

"AZD1222 (calon vaksin AstraZeneca) mengandungi bahan genetik protein berpacak virus SARS-CoV-2, dan perubahan pada kod genetik yang dilihat pada jenis virus yang baru ini kelihatan tidak mengubah struktur protein pacak," kata seorang wakil AstraZeneca menerusi e-mel.

Para pembuat ubat-ubatan sedang berusaha menguji vaksin-vaksin COVID-19 mereka pada jenis baru virus COVID-19 yang sedang merebak dengan pantas di Britain, iaitu cabaran terbaru dalam perlumbaan bagi membendung pandemik itu.

Vaksin AstraZeneca-Oxford dianggap genting bagi negara-negara berpendapatan lebih rendah dan bercuaca panas kerana ia lebih murah, lebih mudah untuk dihantar dan boleh disimpan untuk tempoh lama pada suhu peti sejuk biasa.

Data daripada percubaan tahap akhir AstraZeneca di Britain dan Brazil yang didedahkan pada awal bulan ini menunjukkan bahawa vaksin itu mempunyai tahap keberkesanan 62 peratus bagi para peserta yang diberikan dua suntikan dos penuh, namun 90 peratus bagi kumpulan lebih kecil yang diberikan separuh dos diikuti dos penuh.

Reuters melaporkan pada lewat Selasa (22 Dis) bahawa India mungkin meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca bagi kegunaan darurat menjelang minggu depan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan