Skip to main content

Iklan

Iklan

AstraZeneca gantung ujian vaksin COVID-19 selepas timbul isu keselamatan

AstraZeneca menggantung percubaan peringkat akhir salah satu calon vaksin COVID-19 terkenal setelah ia disyaki membawa kesan sampingan buruk yang serius terhadap seorang peserta kajian. Laman web berita kesihatan Stat News melaporkan demikian pada Selasa (8 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
AstraZeneca gantung ujian vaksin COVID-19 selepas timbul isu keselamatan

Logo syarikat farmaseutikal AstraZeneca. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 09 Sep 2020 10:49AM Dikemas Kini : 09 Sep 2020 10:50AM

NEW YORK: AstraZeneca menggantung percubaan peringkat akhir salah satu calon vaksin COVID-19 terkenal setelah ia disyaki membawa kesan sampingan buruk yang serius terhadap seorang peserta kajian. Laman web berita kesihatan Stat News melaporkan demikian pada Selasa (8 Sep).

Ia menukil seorang jurucakap AstraZeneca sebagai berkata dalam satu kenyataan bahawa "proses semakan standard mencetuskan penggantungan pada vaksinasi bagi membolehkan semakan dijalankan ke atas data keselamatan."

Kajian tersebut bagi menguji vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh AstraZeneca and para pengkaji dari Universiti Oxford di pelbagai lokasi termasuk United Kingdom di mana insiden reaksi buruk itu dilaporkan berlaku.

Butiran kes itu dan bila ia berlaku tidak diperincikan namun, peserta itu dijangka akan pulih, lapor Stat News.

Penggantungan ujian itu menjejas ujian vaksin AstraZeneca yang lain. Ini di samping ujian klinikal yang sedang dijalankan oleh penghasil vaksin lain yang sedang berusaha mencari kesan sampingan serupa, tambah Stat News.

Seorang jurucakap AstraZeneca berkata bahawa "dalam ujian besar, penyakit akan berlaku secara kebetulan tetapi mesti dikaji secara bebas untuk memeriksanya dengan teliti." Stat News melaporkan bahawa tindak balas buruk yang serius berbeza-beza dan boleh merangkumi masalah yang memerlukan rawatan di hospital, penyakit yang mengancam nyawa bahkan juga kematian.

AstraZeneca tidak segera memberikan respons apabila diminta untuk mengulas tentang insiden itu.

Sembilan penghasil vaksin ternama di Amerika Syarikat dan Eropah berikrar pada Selasa untuk menegakkan piawai keselamatan dan keberkesanan saintifik bagi vaksin eksperimen masing-masing walaupun timbul desakan untuk mengekang pandemik COVID-19.

Syarikat-syarikat itu termasuk AstraZeneca, Pfizer Inc dan GlaxoSmithKline, mengeluarkan apa yang dipanggilnya sebagai "ikrar bersejarah". Ini setelah bangkit keprihatinan yang meningkat bahawa piawai keselamatan mungkin terlepas pandang ketika menghadapi tekanan politik untuk mengeluarkan vaksin.

Syarikat-syarikat lain yang turut menandatangani ikrar itu adalah Johnson & Johnson, Merck & Co, Moderna Inc, Novavax Inc, Sanofi serta BioNTech. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan