Koronavirus

Images
  • virus covid america
    Seorang lelaki memakai pelitup semasa berjalan di Manhattan, Amerika Syarikat di tengah pandemik COVID-19 pada 1 Jul 2020 (Gambar: REUTERS/Lucas Jackson)

AS kesan kes pertama COVID-19 jenis baru di Colorado

WASHINGTON: Kes pertama virus korona jenis baru yang mudah berjangkit dikesan di Colorado, Amerika Syarikat, kata Gabenor Colorado Jared Polis pada Selasa (29 Dis).

Encik Polis mengumumkan di Twittter bahawa negeri beliau telah menemui satu kes COVID-19 jenis baru - virus B117 yang mudah berjangkit, yang pertama kali dikesan di United Kingdom.

Beliau melampirkan satu kenyataan rasmi pejabatnya dan para pegawai kesihatan wilayah itu berkata individu berkenaan ialah "seorang lelaki dalam usia 20-an tahun yang sedang diasingkan di Elbert County dan tidak mempunyai sejarah perjalanan".

Individu itu tidak mempunyai kontak rapat, menurut kenyataan itu tetapi situasi berkenaan akan terus dipantau "dengan teliti".

Pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk mengenal pasti kes berpotensi lain melalui penjejakan hubungan rapat.

Akhbar Washington Post melaporkan kes di Colorado itu adalah jangkitan pertama virus jenis baru itu di Amerika.

Dua kes pertama jenis baru tersebut di benua Amerika Utara dikesan di Kanada pada hujung minggu lalu. 

- Reuters/RU/ru

Top