Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS catat kes tertinggi COVID-19 di dunia: Laporan

Amerika Syarikat kini mempunyai jumlah tertinggi kes jangkitan COVID-19 di dunia, menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins dan The New York Times.

Anggaran Waktu Membaca:
AS catat kes tertinggi COVID-19 di dunia: Laporan

(Gambar: Justin Sullivan/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 27 Mar 2020 08:49AM Dikemas Kini : 27 Mar 2020 08:59AM

NEW YORK: Amerika Syarikat kini mempunyai jumlah tertinggi kes jangkitan COVID-19 di dunia, menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins dan The New York Times.

Negara yang mempunyai 330 juta penduduk itu mencatat jumlah kes jangkitan tertinggi pada Khamis (26 Mac) untuk mengatasi pusat-pusat penularan virus China dan Itali.

Johns Hopkins menyatakan AS mempunyai 82,404 kes, sementara Times menyatakan sekurang-kurangnya 81,321 orang diuji positif jangkitan COVID-19.

Itali mengisytiharkan jumlah keseluruhan kes pada Khamis adalah 80,539 sementara China mencatatkan 81,285 kes, menurut satu perangkaan AFP.

Semakin banyak hospital Amerika melaporkan kesesakan akibat kes COVID-19 dan 40 peratus rakyat Amerika dikenakan sekatan pergerakan untuk mencegah penularan virus itu.

Sekurang-kurangnya 1,178 orang telah meninggal dunia akibat COVID-19 di AS, menurut Johns Hopkins, termasuk 100 dalam tempoh sehari lalu di pusat penularan New York.

Sedang jumlah kematian kekal lebih tinggi di negara-negara lain, para pakar berkata jumlah baru jangkitan menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Amerika akan terkorban - dan jumlah sebenar kes mungkin jauh lebih tinggi daripada perangkaan rasmi disebabkan kekurangan bekalan perkakas ujian.

Perangkaan rasmi bagi jumlah kes virus korona di AS dikeluarkan oleh Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit yang tidak selari dengan data luar. Pada petang Khamis, CDC menyenaraikan 68,440 kes.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan