AS catat hampir 1,500 kematian COVID-19; tertinggi dalam tempoh 24 jam
Amerika Syarikat mencatat jumlah kematian tertinggi dalam sehari akibat jangkitan COVID-19.
WASHINGTON: Amerika Syarikat mencatat jumlah kematian tertinggi dalam sehari akibat jangkitan COVID-19.
Hampir 1,500 kematian dilaporkan, menambah bilangan angka korban setakat ini kepada lebih 7,000.
Kes jangkitan virus COVID-19 di Amerika terus melonjak sedang negara itu menghadapi masalah kekurangan bekalan perubatan termasuk pelitup dan alat bantuan pernafasan.
Pusat-pusat kawalan penyakit berjangkit menyarankan rakyat Amerika memakai pelitup muka kain apabila mereka keluar rumah bagi membantu membendung penularan virus korona.
Presiden Donald Trump juga melangkah setapak lagi dengan mengharamkan eksport bekalan perubatan yang penting.
Sementara itu, Jerman menuduh Amerika melakukan 'rompakan' selepas ia memesongkan pengiriman pelitup yang hendak dihantar ke Jerman di lapangan terbang Bangkok.
Menteri Dalam Negeri Berlin mendakwa bekalan 200,000 pelitup N95, yang ditempah untuk para pegawai polis Jerman, dipesongkan dan dihantar ke Amerika.
Beliau menuduh Amerika melanggar peraturan antarabangsa.
Pelitup-pelitup itu dihasilkan oleh syarikat Amerika 3M di China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.