Skip to main content

Iklan

Iklan

Arab Saudi naikkan had usia jemaah umrah warga Indonesia kepada 60 tahun

Arab Saudi mengumumkan kenaikan syarat usia warga Indonesia yang mahu mengerjakan ibadah umrah dari had 50 tahun kepada 60 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi naikkan had usia jemaah umrah warga Indonesia kepada 60 tahun

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 05:17PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 05:18PM

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan kenaikan syarat usia warga Indonesia yang mahu mengerjakan ibadah umrah dari had 50 tahun kepada 60 tahun.

Menurut Ketua Persatuan Penyelenggara Umrah dan Haji Indonesia, Zaky Zakaria Anshary, ia hasil maklumat dari pihak Muassasah Saudi kepada pihaknya pada minggu lalu.

Mengalu-alukan langkah menaikkan had umur para jemaah umrah itu, Encik Zaky berkata majoriti jemaah umrah Indonesia sekarang berusia lebih 50 tahun.

Beliau turut mengumumkan mulai awal Januari, semua jemaah umrah Indonesia yang pulang dari Saudi perlu menjalani kuarantin lima hari setibanya di Indonesia.

Ini selain perlu menjalani dua ujian COVID-19, sebelum dan selepas tamat kuarantin.

Tiga kumpulan jemaah umrah Indonesia sudah pun berangkat ke Saudi antara 9 hingga 11 hari bulan ini.

Mereka juga perlu menjalani kuarantin tiga hari setibanya di Saudi.

Sumber : Agensi berita/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan