Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi mula longgarkan sekatan COVID-19

Buat julung-julung kalinya, khutbah dan solat Jumaat, dibenarkan di pelantaran Kaabah dan orang ramai juga dibenarkan solat di kawasan luar Masjidil Haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi mula longgarkan sekatan COVID-19

Jemaah musim haji 2020 (Gambar: Kementerian Media Arab/AFP)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 04:23PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 04:26PM

ARAB SAUDI: Pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan pembukaan semula pawagam, gimnasium dan pusat sukan mulai Ahad (7 Mac), selepas melaksanakan sekatan membendung COVID-19 itu, pada awal Februari lalu.

Makan di restoran juga dibenarkan lagi.

Buat julung-julung kalinya, khutbah dan solat Jumaat, dibenarkan di pelantaran Kaabah dan orang ramai juga dibenarkan solat di kawasan luar Masjidil Haram.

Meskipun langkah membenarkan semula perlaksanaan bacaan khutbah dan solat Jumaat di pelantaran Kaabah itu tidak diumumkan pihak berkuasa Saudi, ramai jemaah melihatnya sebagai sejajar dengan langkah melonggarkan sekatan-sekatan membendung koronavirus.

Namun menurut Kementerian Ehwal Islam Saudi, ia tetap menjalankan kempen meningkatkan kesedaran dan pengawasan di semua masjid di merata negara itu.

Ini termasuk langkah-langkah menjaga jarak, menggunakan sejadah sendiri dan memakai pelitup setiap masa.

Pihak berkuasa Saudi juga masih tetap menghadkan jumlah orang yang boleh berkumpul untuk kegiatan sosial kepada 20 orang saja.

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan