Skip to main content

Iklan

Iklan

Angka korban global COVID-19 jangkaui 3 juta

Angka korban COVID-19 di peringkat global menjangkaui tiga juta ketika negara-negara di seluruh dunia mengejar masa untuk melaksanakan program vaksinasi secara besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban global COVID-19 jangkaui 3 juta
Diterbitkan : 17 Apr 2021 03:06PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 03:08PM

PARIS: Angka korban COVID-19 di peringkat global menjangkaui tiga juta ketika negara-negara di seluruh dunia mengejar masa untuk melaksanakan program vaksinasi secara besar-besaran.

India umpamanya masih berjuang untuk mengawal peningkatan mendadak kes koronavirus di negara itu.

Virus yang pertama kali dikesan pada hujung 2019 di Wuhan, China itu sudah menjangkiti lebih 100 juta orang, sekali gus menyebabkan berbilion lagi orang terjejas oleh perintah berkurung dan mengakibatkan ekonomi global terjejas teruk.

New Delhi, menguatkuasakan perintah berkurung pada hujung minggu ini ketika negara dengan jumlah penduduk kedua paling ramai di dunia itu berdepan dengan lebih 200,000 kes setiap hari dan keluarga-keluarga di India berebut-rebut mendapatkan ubat dan katil hospital.

Di Jepun, jumlah kes yang kian meningkat itu menimbulkan kebimbangan terhadap Sukan Olimpik yang ditunda pada tahun lalu akibat wabak tersebut dan temasya sukan itu kelihatan mungkin akan dibatalkan.

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga, dalam pertemuan pertamanya dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata pemerintahnya sedang mendengar nasihat pakar dan melakukan yang terbaik untuk menganjurkan temasya sukan tersebut pada Julai ini.

Persiapan juga sedang dijalankan untuk mengadakan satu lagi acara sukan global - Piala Dunia di Qatar pada tahun depan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan