Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka kematian akibat COVID-19 di AS menjangkaui 400,000

Angka kematian akibat koronavirus di Amerika Syarikat mencecah 400,000 pada Selasa (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Angka kematian akibat COVID-19 di AS menjangkaui 400,000

Mayat pesakit COVID-19 dihantar ke bilik mayat. (Gambar: REUTERS/Ivan Pierre Aguirre)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 08:06AM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 08:07AM

WASHINGTON: Angka kematian akibat koronavirus di Amerika Syarikat mencecah 400,000 pada Selasa (19 Jan).

Demikian menurut laporan Reuters, sedang negara yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 itu berusaha memenuhi permintaan bagi vaksin untuk membendung penularannya.

Negeri-negeri termasuk Michigan, New Jersey, New York, Oregon, South Carolina dan Vermont sudah mula menunjukkan tanda-tanda kekurangan bekalan dan meminta lebih banyak dos bagi kedua-dua vaksin yang diluluskan, satu dari Pfizer BioNTech dan satu lagi dari Moderna.

Jumlah kematian melonjak sejak hari Krismas.

Dalam tempoh tiga minggu lalu, angka kematian di Amerika Syarikat mencecah sebanyak 63,793 berbanding 52,715 kematian dalam masa tiga minggu sebelum Krismas. Ini adalah kenaikan 21 peratus, menurut analisis Reuters.

Jumlah kematian harian di negara itu menjangkaui 4,000 buat kali pertama pada 6 Januari.

Sebanyak 18 negeri, termasuk California, Pennsylvania, Texas dan Washington melaporkan angka kematian tertinggi masing-masing dalam bulan Januari, menurut data Reuters.

Jumlah kes koronavirus juga semakin meningkat di semua daerah di Amerika Syarikat dan pada Selasa jumlah keseluruhannya melebihi 24 juta sejak pandemik itu bermula.

Sedang jumlah mereka yang sakit teruk menimbulkan tekanan terhadap sistem jagaan kesihatan di beberapa bahagian negara itu terutamanya di California, kadar nasional bagi jumlah kemasukan ke hospital sudah stabil dalam tempoh dua minggu lalu dan jumlahnya sekitar 124,000 semalam.

Presiden terpilih Joe Biden, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada Rabu (20 Jan) telah menyarankan pakej bantuan bernilai AS$1.9 trilion (S$1.9 trilion) termasuk AS$415 bilion (S$552 bilion) untuk mempercepat tindak balas terhadap virus itu.

Ia juga termasuk bantuan AS$1 trilion (S$1.33 trilion) untuk disalurkan langsung kepada isi-isi rumah dan sekitar AS$440 bilion (S$545 bilion) untuk perniagaan-perniagaan kecil dan masyarakat-masyarakat yang paling teruk terjejas oleh pandemik sekarang.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan