Virus Korona

Images
  • donald trump jr
    (Gambar: Reuters)

Anak lelaki Donald Trump positif COVID-19

WASHINGTON: Anak lelaki Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Donald Trump Jr diuji positif COVID-19 pada minggu ini dan tidak mengalami sebarang gejala, menurut seorang jurucakapnya.

Menurut jurucakap tersebut, Encik Trump Jr dimaklumkan mengenai diagnosisnya pada awal minggu ini. Beliau tidak bergejala dan sedang menjalani kuarantin.

Beliau juga adalah anggota keluarga terkini Presiden Trump yang dijangkiti virus tersebut.

Encik Trump, isterinya dan seorang lagi anak lelaki mereka, Barron sudah pulih daripada jangkitan virus itu.

Andrew Giuliani iaitu anak lelaki kepada peguam peribadi Encik Trump, Rudy Giuliani turut diuji positif COVID-19 pada Jumaat (20 Nov).

- Reuters/HA/ha

Top