Skip to main content

Iklan

Iklan

Alat ciptaan DSTA bantu percepat pengesanan kontak; kaitan antara Mustafa Centre dan dormitori

Alat analisis rangkaian yang membantu memperolehi pengesanan kontak secara automatik berjaya mengesan kaitan antara kelompok-kelompok COVID-19 di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Alat ciptaan DSTA bantu percepat pengesanan kontak; kaitan antara Mustafa Centre dan dormitori

(Gambar: DSTA)

Diterbitkan : 23 Apr 2020 09:43PM Dikemas Kini : 23 Apr 2020 09:44PM

SINGAPURA: Alat analisis rangkaian yang membantu memperolehi pengesanan kontak secara automatik berjaya mengesan kaitan antara kelompok-kelompok COVID-19 di Singapura.

Ini termasuk Mustafa Centre, tapak binaan Project Glory dan sebilangan dormitori pekerja asing, dengan salah satu daripadanya ialah S11 Dormitory@Punggol, yang kini mempunyai lebih 2,000 kes jangkitan.

Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) menyatakan maklumat relevan kes tersebut dimasukkan ke dalam sistem alat itu yang dihasilkan para juruteranya sejak awal bulan April.

Walaupun kaitan-kaitan sudahpun dikenal pasti antara kelompok-kelompok itu, alat tersebut mengukuhkan dapatan itu dan mendapati lebih banyak kes yang dikaitkan dengan kelompok berkenaan.

Kes-kes baru yang disahkan yang didapati mengunjungi pusat beli-belah di Little India itu kemudian dikaitkan dengan tapak-tapak binaan dan dormitori-dormitori, di mana jumlah kes-kes COVID-19 melonjak.

Kini terdapat lebih 40 kelompok di dormitori, tapak binaan dan kawasan-kawasan berkaitan.

Setakat sehingga Rabu, terdapat 113 kes yang dikaitkan dengan kelompok di Mustafa Centre. Menggunakan alat itu, mereka yang menjalankan pengesanan kontak dapat mencatat jumlah meningkat bagi kes-kes yang disahkan yang sama ada sudah mengunjungi atau bekerja di Mustafa Centre di Little India.

"Ini menyokong lagi kemungkinan kelompok Mustafa Centre titik permulaan sejumlah kes tersebut," jelas DSTA.

Pihak berkuasa menyatakan penularan pantas penyakit itu dalam kalangan pekerja asing disebabkan kontak rapat mereka di tapak-tapak kerja dan semasa perhimpunan sosial pada hari cuti mereka. Mereka kemudian membawa virus itu ke dormitori di mana ramai pekerja tinggal bersama dalam bilik yang sama.

Alat itu juga membantu mengenal pasti kelompok-kelompok baru di bar Ce La Vi dan restoran Black Tap di Marina Bay Sands.

Menjelaskan bagaimana alat analisis rangkaian berfungsi, DSTA menyatakan ia melakarkan rangkaian visual kes menggunakan analisis data. Tanda warna jingga adalah bagi mewakili orang ramai yang mempunyai kontak dengan kes-kes, manakala tanda coklat mewakili lokasi-lokasi yang mereka kunjungi.

Kaitan antara tanda-tanda itu yang dilambangkan oleh tanda arah, yang menandakan hubungan antara satu sama lain.

Sumber : CNA/IM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan