Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Air New Zealand sahkan kes COVID-19 dalam penerbangan S'pura-Auckland

Air New Zealand mengesahkan bahawa seorang penumpang dalam penerbangan dari Singapura ke Auckland diuji positif jangkitan virus korona COVID-19, menurut syarikat itu dalam makluman perjalanan yang dikeluarkan pada Rabu (4 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Air New Zealand sahkan kes COVID-19 dalam penerbangan S'pura-Auckland

Pesawat Air New Zealand. (Gambar: Daniel Slim/AFP)

Diterbitkan : 04 Mar 2020 11:17AM Dikemas Kini : 04 Mar 2020 11:21AM

SINGAPURA: Air New Zealand mengesahkan bahawa seorang penumpang dalam penerbangan dari Singapura ke Auckland diuji positif jangkitan virus korona COVID-19, menurut syarikat itu dalam makluman perjalanan yang dikeluarkan pada Rabu (4 Mac).

Menurut syarikat penerbangan itu, penumpang tersebut menaiki pesawat NZ283 pada 25 Feb dari Singapura sebelum melakukan perjalanan dari Auckland ke Palmerston North menaiki pesawat NZ5103 pada 2 Mac. Wanita tersebut kembali ke Auckland pada hari yang sama menaiki pesawat NZ8114.

"Kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (New Zealand) dan agensi-agensi pemerintah yang lain untuk mengenal pasti dan secara aktif menghubungi para penumpang yang melakukan perjalanan menaiki pesawat yang sama dari Singapura dan dua penerbangan serantau," menurut Air New Zealand.

New Zealand Herald melaporkan, wanita tersebut sedang dalam perjalanan pulang daripada bercuti di utara Itali melalui Singapura. Beliau kini dikuarantin di rumah dan pasangannya juga dikuarantin setelah menunjukkan tanda-tanda jangkitan, tambah akhbar tersebut.

Pada Selasa, Singapura mengumumkan ia akan menyekat kemasukan dan persinggahan oleh para pengunjung yang tiba dari Iran, utara Itali atau Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lalu.

Langkah yang dikuatkuasakan pada Rabu adalah antara langkah pencegahan tambahan yang diambil Singapura untuk mengurangkan risiko kes yang diimport ke sini.

"Kami sedang memantau penularan virus itu dengan teliti dan seperti yang sudah diketahui ramai, ia sedang menular dengan pantas di banyak negara. Singapura sebagai sebuah bandar kecil yang terbuka dan terkait dengan seluruh dunia, kita menghadapi risiko lebih tinggi bagi kes-kes yang diimport," kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong kepada para wartawan.

"Lantas pasukan bertindak telah memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan bagi perjalanan keluar masuk ke Singapura." 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan