Skip to main content

Iklan

Iklan

Ahli sains China tolak teori COVID-19 berpunca dari makmal Wuhan

Ahli sains China di tengah-tengah teori bahawa pandemik koronavirus berpunca daripada kebocoran di makmalnya di Wuhan menafikan bahawa institusi itu bertanggungjawab atas malapetaka kesihatan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli sains China tolak teori COVID-19 berpunca dari makmal Wuhan

Kampus Institut Virologi Wuhan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jun 2021 11:40AM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 11:42AM

WASHINGTON: Ahli sains China di tengah-tengah teori bahawa pandemik koronavirus berpunca daripada kebocoran di makmalnya di Wuhan menafikan bahawa institusi itu bertanggungjawab atas malapetaka kesihatan itu.

"Bagaimana saya nak serahkan bukti untuk sesuatu yang tiada bukti?" kata Dr Shi Zhengli kepada New York Times.

"Saya tidak tahu bagaimana dunia boleh rumuskan ini, asyik menuduh seorang ahli sains yang tidak bersalah," luah beliau kepada US daily pula.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bulan lalu mengarah agensi-agensi perisikan untuk menyiasat punca pandemik itu, termasuk teori kebocoran makmal itu.

Teori itu sebelum ini diutarakan pada awal penularan global itu, termasuk oleh mantan Presiden Donald Trump tetapi rata-ratanya menganggap sebagai teori konspirasi.

Namun, ia semakin mendapat perhatian ramai baru-baru ini, dipacu oleh laporan-laporan tentang tiga pengkaji dari Institut Virologi Wuhan yang jatuh sakit pada 2019 selepas mengunjungi gua kelawar di wilayah Yunnan.

Dr Shi merupakan seorang pakar koronavirus kelawar dan sesetengah ahli sains mendakwa bahawa beliau mungkin menerajui eksperimen-eksperimen "gain-of-function" di mana para ahli sains menguatkan lagi virus itu untuk lebih memahami kesannya ke atas perumah.

Menurut laporan New York Times, Dr Shi dan rakan-rakan sekerjanya di makmal Wuhan menerbitkan laporan pada 2017,mengenai satu eksperimen "di mana mereka menghasilkan koronavirus kelawar hibrid dengan mencampur aduk beberapa bahagian sedia ada termasuk sekurang-kurangnya satu yang boleh menjangkiti manusia, untuk mengkaji kebolehannya menjangkiti dan bercambah dalam sel manusia".

Walau bagaimanapun, dalam kiriman emelnya kepada akhbar itu, Dr Shi berkata eksperimen-eksperimen beliau berbeza berbanding eksperimen-eksperimen "gain-of-function" lain kerana mereka tidak bertujuan untuk membuat virus itu lebih merbahaya.

Sebaliknya, mereka cuba memahami bagaimana virus itu boleh menjangkiti haiwan jenis lain.

"Makmal saya tidak pernah mengendalikan atau bekerjasama dalam eksperimen-eksperimen GOF ("gain-of-function) yang menambah kemudaratan virus itu," kata beliau.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan