Agong seru semua pihak ketepi perbezaan demi perangi COVID-19
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru supaya rakyat mengenepikan perbezaan politik, bangsa dan agama bagi memerangi COVID-19 yang berterusan mencatatkan kes positif harian empat angka sejak hujung tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru supaya rakyat mengenepikan perbezaan politik, bangsa dan agama bagi memerangi COVID-19 yang berterusan mencatatkan kes positif harian empat angka sejak hujung tahun lalu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka Baginda yakin, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, Malaysia mampu untuk sekali lagi meratakan lekuk kes jangkitan COVID-19, sekali gus meringankan beban yang dipikul oleh para petugas barisan hadapan.
Menurutnya, Agong menzahirkan kegusaran, melihat peningkatan keperluan rawatan rapi dan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) khususnya di Lembah Klang, yang mencatatkan kenaikan mendadak pada kes-kes positif.
“Berikutan peningkatan keperluan rawatan rapi dan penggunaan katil ICU ini, pesakit-pesakit jangkitan COVID-19 yang kritikal, terpaksa ditempatkan di hospital-hospital kerajaan yang lain dan ini boleh menjejaskan rawatan pesakit-pesakit bukan COVID-19 yang lain,” kata Al Sultan Abdullah menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini (19 Jan).
Pada Isnin (18 Jan), Malaysia mencatatkan sebanyak 3,306 kes baru COVID-19, manakala 15 hospital COVID-19 dilaporkan mencatatkan kadar penggunaan katil COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.