Virus Korona

Images
  • king
    Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Raja Permaisuri. (Gambar: AFP)

Agong, Permaisuri Agong dikuarantin selepas 7 petugas Istana diuji positif COVID-19

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Raja Permaisuri sedang menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tujuh petugas Istana Negara diuji positif virus korona COVID-19.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (26 Mac), Istana Negara menyatakan bahawa kesemua tujuh petugas itu sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan kini sedang mengenal pasti punca jangkitan tersebut.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata bahawa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.

Susulan kejadian itu, Sultan Abdullah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.

Menurut kenyataan istana, semua individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan istana yang disahkan positif COVID-19dan kakitangan relevan diperintah untuk menjalani ujian COVID-19.

Malaysia mengesahkan 1,800 kes COVID-19 di negara itu, dan 21 kematian setakat ini.

- CNA/BERNAMA/NA/na

Top