Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara larian maya sasar 500,000 peserta tunjuk sokongan kepada kakitangan barisan hadapan

Mulai sekarang hingga 8 Ogos nanti, satu acara larian maya diadakan bagi mempamerkan perpaduan dengan kakitangan barisan hadapan semasa pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 May 2020 10:30PM Dikemas Kini : 27 May 2020 10:34PM

SINGAPURA: Mulai sekarang hingga 8 Ogos nanti, satu acara larian maya diadakan bagi mempamerkan perpaduan dengan kakitangan barisan hadapan semasa pandemik COVID-19.

Kempen itu menyasar untuk menarik setengah juta pelari yang perlu mengharungi larian sejauh satu kilometer secara sendirian.

Para peserta boleh mendaftarkan diri bagi acara tersebut menerusi laman Run For Heroes.

Yuran penyertaan adalah S$9.50 setiap seorang dan dana yang terkumpul akan disalurkan ke Dana Ketabahan yang menyokong keluarga-keluarga dan individu yang terjejas oleh COVID-19.

Para peserta harus mencatatkan larian mereka menggunakan sebuah alat pemantau kecergasan yang kemudian akan disahkan secara online.

Setiap peserta juga akan menerima gelang tangan setelah tamat acara larian itu.

Mereka juga boleh mendapatkan gelang dengan tanda nama serupa yang akan diberikan kepada seorang pekerja barisan hadapan. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan