Skip to main content

Iklan

Iklan

90% rakyat dewasa S'pura akan terima S$600 Selasa ini

90% rakyat dewasa tempatan akan menerima S$600 yang disalurkan ke dalam akaun bank mereka pada Selasa ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Apr 2020 07:46PM Dikemas Kini : 12 Apr 2020 10:11PM

SINGAPURA: 90% rakyat dewasa tempatan akan menerima S$600 yang disalurkan ke dalam akaun bank mereka pada Selasa ini.

Bayaran Kesepakatan sekali sahaja itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat minggu lalu.

Ia bagi membantu isi rumah semasa tempoh penguatkuasaan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sekarang.

Kementerian Kewangan menggesa baki 10% rakyat dewasa Singapura yang belum memberikan butir-butir akaun bank mereka supaya melakukannya melalui borang online selewat-lewatnya 23 hari bulan ini.

Mereka akan menerima Bayaran Kesepakatan itu pada 28 hari bulan ini.

Bagi mereka yang tidak memberi maklumat akaun bank mereka, cek mereka akan dihantar menerusi pos mulai 30 hari bulan ini.

Penduduk Tetap Singapura (PR) atau pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang-Plus yang mempunyai anggota keluarga terdekat warga Singapura, juga akan menerima bayaran sekali sahaja sebanyak S$300.

PR perlu mendaftar menerusi borang online selewat-lewatnya 10 Mei.

PR yang memberi butir-butir akaun banknya akan menerima bayaran tersebut menjelang 19 Mei.

Bagi para pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang-Plus pula, mereka tidak perlu memohon bagi mendapatkan bayaran tersebut.

Mereka akan menerima cek bayaran itu mulai hujung Mei ini. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan