Virus Korona

Images
  • sg covid airport
    Kawasan persinggahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semasa pandemik COVID-19 melanda Singapura. 

9 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 8 kes import & 1 kes di dormitori

SINGAPURA: Sebanyak sembilan kes baru COVID-19 disahkan di Singapura hari ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (16 Okt).

Berdasarkan siasatan MOH sejauh ini, terdapat satu kes jangkitan tempatan yang tinggal di sebuah dormitori.

Selain itu, terdapat lapan kes import yang dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura kini sebanyak 57,901.

"Kami sedang meneliti butiran kes dan kemas kini lanjut akan diumumkan melalui kenyataan MOH pada sebelah malam nanti," tambah MOH.

- TODAY/HA/ha

Top