Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

89 pas kerja dibatalkan sebab langgar syarat kemasukan, Notis Jangan Keluar Rumah: MOM

Pas kerja 89 pekerja asing sudah dibatalkan setakat Sabtu (21 Mac) kerana melanggar syarat kelulusan kemasukan dan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Anggaran Waktu Membaca:
89 pas kerja dibatalkan sebab langgar syarat kemasukan, Notis Jangan Keluar Rumah: MOM

Bangunan Kementerian Tenaga Manusia. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 21 Mar 2020 10:59PM Dikemas Kini : 21 Mar 2020 11:06PM

SINGAPURA: Pas kerja 89 pekerja asing sudah dibatalkan setakat Sabtu (21 Mac) kerana melanggar syarat kelulusan kemasukan dan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Dalam kenyataan medianya, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengumumkan bahawa pekerja-pekerja itu juga dilarang bekerja di Singapura buat selama-lamanya.

MOM berkata pihaknya juga menggantung keistimewaan pas kerja majikan terlibat bagi tempoh antara satu hingga tiga tahun, kerana gagal menunaikan kewajipan mereka untuk memastikan bahawa pekerja mereka mematuhi syarat cuti ketidakhadiran (LOA) atau notis SHN.

Daripada 89 pas kerja yang dibatalkan, 73 adalah pemegang pas kerja dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang dilanda COVID-19 dan memasuki Singapura tanpa mendapat kelulusan kemasukan dari MOM. Baki 16 lagi pemegang pas kerja ditangkap melanggar syarat notis LOA atau SHN.

Beberapa pemegang pas kerja didapati bekerja di tempat kerja mereka, sementara yang lain ditemui meninggalkan tempat kediaman mereka semasa tempoh LOA atau SHN, walaupun diarah untuk tidak melakukannya.

Menurut MOM, kebanyakan pelanggaran ini berlaku pada bulan pertama setelah syarat untuk jangan keluar rumah baru dilaksanakan.

Insiden pelanggaran merosot kepada empat pada bulan kedua.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pemegang pas kerja atau majikan
yang melanggar syarat SHN boleh mengirimkan emel ke MOM di mom_qops [at] mom.gov.sg.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan