Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

82 hari Vietnam bebas jangkitan COVID-19

Vietnam berjaya mengekalkan tiada kes baru COVID-19 dalam kalangan masyarakat negara itu selama 82 hari berturut-turut, menurut Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Pencegahan dan Pengawalan COVID-19 pada Selasa (7 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
82 hari Vietnam bebas jangkitan COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 07:06AM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 07:13AM

HANOI: Vietnam berjaya mengekalkan tiada kes baru COVID-19 dalam kalangan masyarakat negara itu selama 82 hari berturut-turut, menurut Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Pencegahan dan Pengawalan COVID-19 pada Selasa (7 Jul).

Setakat ini, Vietnam merekodkan sejumlah 369 kes jangkitan, termasuk 229 kes import yang dikuarantin semasa tiba di negara itu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Daripada jumlah tersebut, 341 pesakit atau 92.4 peratus sudah sembuh dan tiada kematian dilaporkan.

Seramai 13,047 kontak pesakit atau mereka yang pulang dari kawasan yang dilanda wabak masih dikuarantin sama ada di hospital, pusat khas atau di rumah.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan