Koronavirus

Images
  • Lions
    Gambar fail singa Asia. (Gambar: AFP)

8 singa di taman haiwan India positif COVID-19

NEW DELHI: Lapan ekor singa Asia di taman haiwan India dijangkiti COVID-19.

Demikian menurut pemerintah negara itu pada Selasa (4 Mei), sambil mendedahkan bahawa tiada bukti haiwan itu boleh menjangkiti manusia.

Pihak berkuasa India di wilayah selatan Hyderabad turut berkongsi sampel-sampel dengan makmal kajian pemerintah pada 24 Mac setelah singa-singa tersebut menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah pernafasan.

Hasil ujian yang dijalankan ke atas singa-singa itu diperolehi di tengah-tengah kenaikan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk di India.

"Berdasarkan pengalaman dengan haiwan-haiwan di taman haiwan lain di dunia yang pernah positif SARS-COV2
tahun lalu, tiada bukti bahawa haiwan boleh menyebarkan virus itu kepada manusia," menurut Kementerian Sekitaran, Hutan dan Perubahan Iklim.

Taman Haiwan Nehru kini sudah ditutup, menurutnya dalam satu kenyataan.

India melaporkan lebih 300,000 kes COVID-19 setiap hari selama 13 hari berturut-turut dan kini mencatatkan 20 juta kes jangkitan virus itu, iaitu yang kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

- Reuters/NK/nk

Top