Skip to main content

Iklan

Iklan

7 penumpang SIA singgah S'pura; kini dikuarantin susuli 2 kes Omicron

Seramai tujuh penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dari Johannesburg, yang membawa dua pelawat diuji positif varian baru Omicron sebaik tiba di Sydney, turun di Singapura, dedah Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
7 penumpang SIA singgah S'pura; kini dikuarantin susuli 2 kes Omicron

Gambar: TODAYonline

Diterbitkan : 30 Nov 2021 09:22AM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 09:24AM

SINGAPURA: Seramai tujuh penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dari Johannesburg, yang membawa dua pelawat diuji positif varian baru Omicron sebaik tiba di Sydney, turun di Singapura, dedah Kementerian Kesihatan (MOH).

Menurut MOH pada Isnin (29 Nov), salah seorang daripada tujuh penumpang itu adalah kontak rapat individu yang terjangkit semasa menaiki pesawat berkenaan dan individu tersebut sudahpun dikurantin.

MOH bagaimanapun tidak pula menyatakan sama ada individu yang terjangkit COVID-19 itu adalah salah seorang daripada dua penumpang, yang menurut Kementerian Kesihatan New South Wales diuji positif varian baru koronavirus itu, yang disifatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai "varian yang membimbangkan".

Enam penumpang lain yang turun di Singapura pula sedang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 10 hari di sebuah kemudahan khas di mana mereka akan diuji bagi koronavirus, menurut MOH.

Awal semalam, dua penumpang dari selatan Afrika yang melakukan persinggahan di Singapura dalam penerbangan ke Sydney diuji positif varian baru itu.

MOH pada Isnin menyatakan bahawa pasangan itu berangkat dari Johannesburg, Afrika Selatan pada 27 Nov menaiki pesawat Singapore Airlines SQ481 dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari yang yang sama bagi persinggahan di sini.

Menurut MOH, hasil ujian yang dijalankan di Afrika Selatan pada Jumaat sebelum mereka menaiki pesawat adalah negatif COVID-19.

MOH turut menekankan bahawa sebahagian besar penumpang pesawat itu berada di kawasan transit Lapangan Terbang Changi sebelum mereka menaiki pesawat SQ211 menuju ke Sydney pada 28 November dan mereka tidak memasuki Singapura mahupun mengunjungi kawasan-kawasan lain di Lapangan Terbang Changi.

"Pengesanan kontak sedang dijalankan ke atas kakitangan lapangan terbang yang mungkin mempunyai kontak sementara dengan kes-kes itu," tambah MOH.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan