Skip to main content

Iklan

Iklan

65 kes baru COVID-19 di S'pura; 3 kelompok baru termasuk Singapore Cricket Club dan bar MBS

Sebanyak 65 kes baru COVID-19 disahkan di Singapura pada Jumaat (3 Apr) dengan 56 adalah kes jangkitan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Apr 2020 10:41PM Dikemas Kini : 03 Apr 2020 11:10PM

SINGAPURA: Sebanyak 65 kes baru COVID-19 disahkan di Singapura pada Jumaat (3 Apr) dengan 56 adalah kes jangkitan tempatan.

40 daripadanya dikaitkan dengan pesakit sebelum ini manakala 16 lagi adalah kes yang tiada kaitan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). Jumlah tersebut disemak semula daripada perangkaan sebelum ini yang didedahkan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani COVID-19 semasa satu sidang media secara maya.

Sembilan lagi kes diimport, dengan pesakitnya mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan ASEAN, menurut MOH dalam satu kemas kini hariannya.

Ini sekali gus menjadikan jumlah jangkitan secara keseluruhan di negara ini sebanyak 1,114.

Dalam pada itu, tiga kelompok baru dikenal pasti - bar Ce LaVi di Marina Bay Sands yang mempunyai empat kes, Singapore Cricket Club yang mencatat enam kes dan tapak binaan di Project Glory, Market Street yang melaporkan empat kes.

MOH menyatakan bahawa 11 lagi kes dikaitkan dengan kelompok asrama S11 Dormitory @ Punggol, di mana kini mencatat 24 kes.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan