Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

544 kes COVID-19 dilaporkan di S'pura, termasuk 4 kes jangkitan masyarakat

Sebanyak 544 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa (2 Jun), menjadikan jumlah kes keseluruhan di negara ini sebanyak 35,836.

Anggaran Waktu Membaca:
544 kes COVID-19 dilaporkan di S'pura, termasuk 4 kes jangkitan masyarakat

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 03:55PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 03:58PM

SINGAPURA: Sebanyak 544 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa (2 Jun), menjadikan jumlah kes keseluruhan di negara ini sebanyak 35,836.

Terdapat empat kes jangkitan dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya. Daripada jumlah tersebut, satu kes melibatkan seorang rakyat Singapura atau Penduduk Tetap manakala lagi tiga kes adalah pemegang pas kerja.

Butiran lanjut akan didedahkan dalam kemas kininya lewat hari ini, menurut MOH.

Perniagaan yang beroperasi dalam sekitaran dengan risiko jangkitan yang rendah dibenarkan dibuka semula pada Selasa, sedang Singapura memasuki fasa pertama pembukaan semula selepas tempoh "pemutus rantaian jangkitan COVID-19".

Khidmat penuh mendandan rambut, khidmat membaiki kenderaan bermotor, khidmat membaiki alat hawa dingin, cetakan, khidmat asas bagi haiwan peliharaan dan kedai-kedai buku sekolah dibenarkan beroperasi semula.

Pusat prasekolah dan intervensi awal juga dibuka semula bagi kanak-kanak di peringkat Tadika 1 (K1) dan K2, dengan kanak-kanak di peringkat nurseri dan jagaan bayi pula menyusul pada minggu depan.

Beberapa tempat ibadat juga dibenarkan untuk menjalankan semula perkhidmatan seperti pernikahan dan kematian, tertakluk pada had sebanyak 10 orang.

Orang ramai juga boleh mengerjakan solat di masjid di ruang-ruang solat yang terhad yang dapat menampung sehingga lima individu, atau sehingga lima keluarga dengan jumlah maksimum lima individu daripada setiap keluarga.

Orang ramai juga dibenarkan untuk berkunjung ke rumah ibu bapa atau datuk dan nenek masing-masing, tertakluk pada had dua orang dan satu kunjungan setiap hari. Ibu bapa juga boleh menghantar anak mereka ke tajaka, tertakluk pada had yang sama.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan