Virus Korona

Images
  • sparkle
    (Gambar: Try Sutrisno Foo)

52 kes baru COVID-19 di S'pura termasuk 2 dikaitkan dengan PCF Sparkletots Fengshan

SINGAPURA: Singapura melaporkan 52 kes baru COVID-19 pada Khamis (26 Mac), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes tersebut kepada 683 orang.

Sebanyak 28 kes diimport, manakala 24 adalah kes tempatan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media.

Kes-kes diimport itu melakukan perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, ASEAN dan negara lain di Asia. Kesemua kecuali dua individu adalah rakyat Singapura dan pemegang pas jangka panjang.

10 kes dikaitkan dengan kelompok atau kes sebelum ini manakala 14 kes buat masa ini belum ada kaitan.

Dalam satu maklumat terkini, MOH menyatakan bahawa dua daripada kes baru itu dikaitkan dengan kelompok melibatkan prasekolah PCF Sparkletots di Fengshan, manakala satu kes dikaitkan dengan Sekolah Antarabangsa Dover Court.

12 lagi kes sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital. Sehingga kini, sebanyak 172 kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu.

Daripada 404 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, majoriti dalam keadaan stabil dan semakin baik. 18 pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Sebanyak 87 kes lain yang dalam keadaan baik tetapi diuji positif COVID-19 sudah dipindahkan ke Hospital Antarabangsa Concord, Hospital Mount Elizabeth dan Kemudahan Pengasingan Masyarakat di D'Resort NTUC bagi langkah pengasingan dan penjagaan. Dua pesakit dilaporkan meninggal dunia Sabtu lalu akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan COVID-19.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- CNA/NA/na

Top