Skip to main content

Iklan

Iklan

50-70% kakitangan jagaan kesihatan privet terima suntikan vaksin COVID-19 sejauh ini

Antara 50 hingga 70 peratus kakitangan kumpulan jagaan kesihatan privet sudah mengambil suntikan vaksin COVID-19, sejak program vaksinasi mula dijalankan di Singapura sekitar dua minggu lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2021 08:16PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 08:56PM

SINGAPURA: Antara 50 hingga 70 peratus kakitangan kumpulan jagaan kesihatan privet sudah mengambil suntikan vaksin COVID-19, sejak program vaksinasi mula dijalankan di Singapura sekitar dua minggu lalu.

Walaupun pengambilan vaksin itu adalah secara sukarela, pakar-pakar percaya, ada risiko yang perlu ditanggung para pekerja yang enggan mengambil vaksin COVID-19.

Di Hospital Farrer Park, kurang 70 peratus kakitangannya yang mendaftarkan diri untuk menyertai program vaksinasi.

Peratusan itu tidak menepati sasaran 90 peratus yang ditetapkannya.

Ia merancang meningkatkan penerimaan lebih ramai kakitangannya dalam pusingan vaksinasi seterusnya, bulan depan.

Bagi Parkway Pantai pula, sekitar 80 peratus daripada 8,000 kakitangannya sedia mendapatkan vaksin COVID-19.

Namun sejauh ini baru separuh daripada mereka sudahpun menerima vaksin tersebut.

Pakar-pakar berpendapat, setiap syarikat harus menjelaskan tentang implikasi yang dihadapi para pekerja, sekiranya mereka tidak mahu menjalani vaksinasi.

Mereka memberi amaran, pekerja sedemikian mungkin akan berdepan dengan tekanan daripada majikan atau rakan-rakan sekerja.

Dalam kes-kes tertentu, pihak syarikat juga mungkin memberhentikan mereka yang tidak menerima vaksin.

Menurut para pakar, majikan dalam sektor jagaan kesihatan misalnya, boleh melakukan itu demi melindungi para pesakit mahupun para pekerja lain.

Para pekerja yang tidak disuntik vaksin COVID-19 juga mungkin menghadapi diskriminasi jika sesuatu jawatan memerlukan si pekerja melakukan perjalanan ke luar negara. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan