Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 rakyat S'pura, 1 PR antara 21 kes import baru COVID-19

Lima rakyat Singapura dan seorang penduduk tetap yang pulang dari India dan Amerika Syarikat adalah antara 21 kes import baru COVID-19 yang dilaporkan hari ini (8 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
5 rakyat S'pura, 1 PR antara 21 kes import baru COVID-19

Kakitangan Lapangan Terbang Changi memakai PPE. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 11:45PM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 11:46PM

SINGAPURA: Lima rakyat Singapura dan seorang penduduk tetap yang pulang dari India dan Amerika Syarikat adalah antara 21 kes import baru COVID-19 yang dilaporkan hari ini (8 Apr).

 Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kininya malam ini.

Selain itu, tiga kes adalah pemegang pas pelajar yang tiba dari India manakala lagi dua melibatkan pemegang pas kerja yang tiba dari India dan Maldives.

Sembilan kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia dan Ukraine - tiga daripada mereka adalah pembantu rumah migran.

Baki satu kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Filipina bagi projek kerja di Singapura.

Kesemua kes itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Tiada kes dilaporkan dalam kalangan masyarakat mahupun di dormitori-dormitori pekerja migran.

KEMAS KINI KES COVID-19 TEMPATAN

Lagi 24 pesakit COVID-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan-kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhannya, sebanyak 60,284 pesakit sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan jagaan masyarakat.

Setakat ini, 43 pesakit masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau sedang beransur pulih. Seorang pesakit dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).

Sebanyak 218 kes diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat. Mereka mengalami simptom ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif COVID-19.

Singapura mencatat 60,575 kes COVID-19 setakat Khamis dengan 30 kematian.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan