Koronavirus

Images
  • sg covid community
    (Gambar: Edgar Su/REUTERS)

5 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura, termasuk 1 jangkitan masyarakat

SINGAPURA: Singapura melaporkan lima kes baru COVID-19 setakat tengah hari ini (26 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Satu kes merupakan jangkitan dalam masyarakat, sekali gus mengakhiri tempoh 15 hari berturut-turut tanpa kes jangkitan dalam masyarakat.

Empat adalah kes import dan mereka diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, menurut MOH.

Butiran lanjut akan diumumkan pada sebelah malam nanti, menurut MOH.

URUS RISIKO COVID-19

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata pada Rabu (25 Nov) bahawa Singapura perlu menguruskan risiko - bukan menghapuskannya sepenuhnya - sedang negara ini bersiap sedia untuk menyambung semula perjalanan.

"Mengasingkan diri kita dari seluruh dunia bukanlah satu pilihan," kata Encik Chan semasa berucap di pameran perdagangan TravelRevive. "Singapura tidak dapat memanfaatkan jumlah penduduk tempatan yang besar ataupun percutian di dalam negeri untuk mengekalkan sektor pelancongan kita."

Ia juga tidak realistik untuk mengharapkan semua risiko dihapuskan apabila kita membuka semula sempadan kita sepenuhnya, katanya.

"Mempelajari bagaimana untuk menangani risiko adalah pendekatan yang lebih produktif, dan ia akan meletakkan kita di kedudukan yang baik kerana kita tidak tahu apakah krisis seterusnya yang akan melanda atau apakah virus seterusnya yang mungkin menjejas pengangkutan udara."

- CNA/HA/ha

Top