Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5,400 projek ubah elok rumah dapat kebenaran sambung semula kerja

Lebih 5,400 projek ubak elok rumah menerima kelulusan untuk menyambung semula kerja-kerja dalam fasa pertama pembukaan semula berikutan tempoh pemutus rantaian jangkitan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jun 2020 06:25PM Dikemas Kini : 03 Jun 2020 08:48PM

SINGAPURA: Lebih 5,400 projek ubak elok rumah menerima kelulusan untuk menyambung semula kerja-kerja dalam fasa pertama pembukaan semula berikutan tempoh pemutus rantaian jangkitan di Singapura.

Permohonan baru untuk menyambung semula kerja-kerja ubah elok yang digantung akan diluluskan dalam tempoh dua hari "jika permohonan diterima secara lengkap", menurut Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Rabu (3 Jun).

Para kontraktor yang diluluskan "boleh segera menyambung semula kerja-kerja dengan para pekerja binaan yang tinggal di kediaman privet dan premis HDB kerana pekerja-pekerja itu sudahpun tamat menjalani notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 28 hari serta tidak perlu mengambil ujian swab COVID-19 sebelum kembali bekerja.

Menurut BCA, para pekerja di dormitori yang sudahpun diberi kebenaran oleh pasukan bertindak antara agensi juga boleh kembali bekerja semula.

Semua pekerja binaan akan diuji bagi COVID-19 dari masa ke masa selepas mereka kembali bekerja. Jika seseorang pekerja diuji positif, beliau perlu berhenti bekerja dengan serta-merta dan mereka yang berhubung rapat dengannya akan dikuarantin.

BCA menarik perhatian para kontraktor mungkin masih menghadapi kelengahan dalam kerja-kerja ubah elok walaupun setelah mendapat kebenaran untuk menyambung semula kerja.

Beberapa kontraktor mempunyai pekerja yang berada di Malaysia dan tidak boleh melakukan perjalanan ke Singapura manakala sesetengah daripadanya pula mungkin tidak dapat memperolehi bahan-bahan tertentu akibat gangguan kepada rangkaian bekalan.

Proses permohonan untuk menyambung semula kerja-kerja binaan juga akan dipermudahkan. Kontraktor tidak perlu lagi mengemukakan kontrak ubah elok dan gambar-gambar kerja yang tergendala. Sebaliknya, mereka hanya perlu menyediakan alamat tapak ubah elok, maklumat tentang para pekerja dan bentuk kerja yang dilakukan apabila memohon kepada BCA di laman webnya.

Perniagaan yang beroperasi dalam sekitaran dengan risiko penularan lebih rendah dibenarkan dibuka semula mulai semalam (2 Jun). Ini termasuk khidmat dandanan rambut, penyenggaraan kenderaan, pembaikan alat pendingin udara, pencetakan, khidmat haiwan peliharaan asas serta kedai buku sekolah.

Prasekolah dan pusat intervensi awal juga dibuka semula bagi kanak-kanak Tadika 1 dan 2 dengan kanak-kanak di peringkat asuhan, jagaan bayi dan kumpulan permainan pula menyusul pada minggu depan.

Beberapa tempat beribadat juga dibenarkan untuk menyambung semula beberapa perkhidmatan seperti majlis pernikahan dan pengebumian yang dihadkan kepada 10 orang.

Orang ramai juga kini boleh menziarahi ibu bapa atau datuk nenek, dihadkan kepada dua orang dan satu lawatan sahaja sehari. Ibu bapa juga boleh meninggalkan anak-anak bersama datuk nenek untuk dijaga. Had yang sama juga perlu dipatuhi.

Fasa kedua mungkin bermula sebelum akhir bulan Jun jika jumlah penularan COVID-19 dalam masyarakat kekal rendah dan stabil, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada minggu lalu. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan