Skip to main content

Iklan

Iklan

430 pelajar M'sia yang bersekolah di S'pura tidak dapat ulang-alik disebab sekatan COVID-19

30 peratus daripada sekitar 1,200 pelajar yang lazimnya ke Singapura dari Malaysia untuk ke sekolah, kini tidak boleh berbuat demikian di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2020 08:13PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 09:01PM

SINGAPURA: 30 peratus daripada sekitar 1,200 pelajar yang lazimnya ke Singapura dari Malaysia untuk ke sekolah, kini tidak boleh berbuat demikian di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Walaupun pergerakan rentas sempadan yang terhad disambung semula, perjalanan harian tidak dibenarkan.

Beberapa keluarga bimbang akan kesan serius terhadap pendidikan anak-anak mereka kerana tidak dapat hadir ke sekolah di sini.

Dianggarkan sekitar 430 pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga maktab rendah tidak dapat berulang-alik ke Singapura disebabkan sekatan COVID-19 sedia ada.

Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), sekolah-sekolah akan meninjau semula prestasi akademik para pelajar terjejas untuk menentukan sama ada mereka boleh naik ke peringkat seterusnya.

Namun ada juga pelajar yang tinggal di Malaysia sudahpun berpindah ke Singapura buat sementara ini.

Beberapa maktab rendah sudah memasangkan kamera di dalam kelas supaya para pelajar yang terjejas boleh mengikuti pembelajaran secara langsung dari Malaysia.

Bagi para pelajar institusi pengajian tinggi pula, MOE menjelaskan majoriti pelajar Malaysia kini sudahpun berada di Singapura, dan mereka yang masih berada di Johor akan terus mengikuti pembelajaran dari rumah. 

Sumber : CNA/HS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan