Skip to main content

Iklan

Iklan

4 PR S'pura antara 17 kes baru COVID-19

Singapura melaporkan 17 kes baru COVID-19 pada Isnin (5 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
4 PR S'pura antara 17 kes baru COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2021 11:44PM Dikemas Kini : 05 Apr 2021 11:46PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 17 kes baru COVID-19 pada Isnin (5 Apr).

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan medianya.

Kesemua 17 kes adalah kes-kes import dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura.

Empat kes adalah Penduduk Tetap (PR) yang pulang dari India, Indonesia dan Malaysia.

Dua lagi kes - pemegang pas tanggungan dan seorang pemegang pas kerja - tiba dari India.

Satu lagi kes adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari United Kingdom (UK).

Enam kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia dan Malaysia, termasuk seorang pembantu rumah asing.

Baki empat kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek: Tiga tiba dari Brazil, Kanada dan Serbia untuk mengambil bahagian dalam satu acara sukan; baki kes tiba dari Amerika Syarikat bersama anaknya yang sedang menuntut di Singapura.

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan.

Lagi 12 pesakit dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah kes sembuh di sini sebanyak 60,214.

Sebanyak 46 kes masih dirawat di hospital. Sebahagian besar dalam keadaan stabil atau sedang beransur pulih manakala seorang dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU). Lagi 205 sedang menjalani pengasingan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Secara keseluruhannya, jumlah kes baru dalam masyarakat kekal stabil sebanyak dua kes setiap minggu sejak dua minggu lalu, tambah MOH.

Jumlah kes tanpa kaitan dalam masyarakat juga kekal stabil pada dua kes setiap minggu dalam tempoh dua minggu lalu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan