Skip to main content

Iklan

Iklan

36 pusat vaksinasi, pasukan bergerak akan ditubuhkan di S'pura

Singapura akan mempertingkatkan lagi usahanya memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada para penduduk negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2021 07:48PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 08:36PM

SINGAPURA: Singapura akan mempertingkatkan lagi usahanya memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada para penduduk negara ini.

36 pusat vaksinasi dan pasukan bergerak akan ditubuhkan.

Lebih 70,000 suntikan setiap hari boleh dilakukan di pusat-pusat vaksinasi dan pasukan bergerak itu.

Ia tambahan kepada lapan pusat vaksinasi yang akan mula beroperasi menjelang akhir bulan depan.

Minggu ini, dua lagi pusat vaksinasi mula beroperasi iaitu di bekas bangunan Sekolah Menengah Hong Kah dan Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy.

Ia menyusuli operasi di dua pusat vaksinasi di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dan Pusat Konvensyen Raffles City.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (MOH) sedang mencari pengendali untuk menyediakan 36 pusat vaksinasi mulai bulan depan.

Pusat-pusat itu boleh menampung sekurang-kurang 2,000 orang setiap hari.

Pengendali itu juga perlu menubuhkan 10 pasukan bergerak untuk melakukan suntikan secara besar-besaran seperti di rumah-rumah rawatan.

Pusat-pusat dan pasukan itu akan ditubuhkan secara bertahap-tahap.

Tempat-tempatnya termasuk di kelab masyarakat dan bangunan sekolah yang sudah dikosongkan.

Pusat-pusat vaksinasi itu akan beroperasi sehingga setahun.

Tender bagi menubuhkan pusat-pusat vaksinasi dan pasukan itu akan ditutup Khamis ini.

Penyedia khidmat jagaan kesihatan, Parkway Pantai, sudah menyatakan minat untuk membuat permohonan. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan