Skip to main content

Iklan

Iklan

35 pasar & pusat penjaja dikesan dengan kes COVID-19 berkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

Kes-kes COVID-19 dikesan di sekurang-kurangnya 35 pasar dan pusat penjaja, berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong yang semakin bertambah jumlah jangkitannya. Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
35 pasar & pusat penjaja dikesan dengan kes COVID-19 berkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 21 Jul 2021 07:38AM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 07:42AM

SINGAPURA: Kes-kes COVID-19 dikesan di sekurang-kurangnya 35 pasar dan pusat penjaja, berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong yang semakin bertambah jumlah jangkitannya. Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (20 Jul).

Berdasarkan senarai pasar terjejas yang dikeluarkan oleh MOH, kebanyakan tempat mempunyai kurang daripada tiga kes.

Ia termasuk Pusat Penjaja Amoy Street, Pasar dan Pusat Penjaja Ang Mo Kio, Pasar Teban Garden, Pasar dan Pusat Penjaja Tiong Bahru.

Empat pasar disenaraikan sebagai kelompok COVID-19 yang berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong - Pasar dan Pusat Penjaja Chong Boon, Pasar dan Pusat Penjaja Hong Lim, Pasar dan Pusat Penjaja Haig Road serta Pasar Chong Pang.

Sebanyak 25 kes berhubung kait dengan Pasar dan Pusat Penjaja Haig Road manakala 10 kes dikesan di Pasar Chong Pang, umum MOH pada Selasa.

Bagi memutuskan rantaian jangkitan dan membolehkan kerja-kerja pembersihan rapi, kedua-dua pasar itu akan ditutup kepada umum selama dua minggu dari 21 Julai hingga 4 Ogos.

MOH juga menyatakan bahawa untuk mengesan sebarang jangkitan dalam masyarakat, ujian percuma COVID-19 akan diperluaskan kepada orang ramai yang mengunjungi Pasar dan Pusat Penjaja Chong Boon antara 3 hingga 17 Julai.

Sebelum ini, ia diumumkan bahawa pasar di Ang Mo Kio akan ditutup dari 16 Julai hingga 1 Ogos.

Awal dari itu, mereka yang bekerja di pasar dan pusat penjaja itu sudahpun dikuarantin dan diuji bagi COVID-19.

Tiga pasar lain melaporkan tiga atau lebih kes COVID-19: Pasar dan Pusat Penjaja Clementi 448, Pasar Basah 726 West Coast dan Pasar Basah Whampoa.

Kes-kes COVID-19 dikesan di 35 pasar sejauh ini.

MOH melaporkan terdapat 182 kes baru COVID-19 di Singapura pada Selasa termasuk 142 yang berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.

Ini menjadikan kelompok itu kelompok aktif terbesar di Singapura dengan jumlah keseluruhan 321 kes jangkitan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan