Koronavirus
Images
35 jangkitan baru COVID-19 di S'pura, termasuk 1 kes masyarakat
SINGAPURA: Sebanyak 35 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Rabu (7 Apr).
Satu daripadanya melibatkan jangkitan dalam masyarakat.
Baki 34 kes diimport dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.
Tiada jangkitan baru dikesan dalam dormitori pekerja migran.
Perincian kes akan didedahkan malam ini.
Singapura mencatat 60,554 kes COVID-19 setakat Rabu dengan 30 kematian.
- CNA/NA/na