Skip to main content

Iklan

Iklan

32 kes tempatan baru COVID-19 di S'pura; 16 tidak berkait

Singapura melaporkan 32 kes tempatan baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Sabtu (21 Ogos) termasuk 16 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
32 kes tempatan baru COVID-19 di S'pura; 16 tidak berkait

Orang ramai melalui bangunan kawalan Lapangan Terbang Changi Singapura pada 18 Jan 2021. (Gambar fail: Edgar Su/REUETRS)

SINGAPURA: Singapura melaporkan 32 kes tempatan baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Sabtu (21 Ogos) termasuk 16 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Sebanyak 11 kes terkait dengan kes-kes sebelumnya sudahpun dikuarantin, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya. Lagi lima kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baru itu, seorang warga emas berusia lebih 70 tahun belum divaksin dan berisiko sakit teruk, menurut MOH.

Terdapat juga lima kes import, sekali gus membawa jumlah kes harian baru COVID-19 di Singapura hari ini sebanyak 37.

MOH akan memberikan butiran lanjut mengenai keadaan COVID-19 pada malam nanti.

Setakat Sabtu, Singapura melaporkan jumlah terkumpul sebanyak 66,443 kes COVID-19 dan 47 kematian. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan