Skip to main content

Iklan

Iklan

32 kes baru dilapor tidak bergejala; 2 hari berturut-turut tiada jangkitan dalam masyarakat

Singapura melaporkan 34 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari pada Selasa (15 Sep), termasuk enam kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
32 kes baru dilapor tidak bergejala; 2 hari berturut-turut tiada jangkitan dalam masyarakat

Orang ramai di Jambatan Jubilee Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 11:57PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 11:59PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 34 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari pada Selasa (15 Sep), termasuk enam kes import.

32 kes tidak menunjukkan gejala dan hari ini masuk hari kedua berturut-turut di mana tiada kes baru dalam masyarakat dilaporkan.

Kesemua kes import adalah mereka yang pulang dari India. Dua daripada mereka adalah Penduduk Tetap Singapura (PR).

Bakinya termasuk seorang pemegang pas kerja, pemegang permit kerja dan dua pemegang pas tanggungan.

Enam daripada mereka dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN)sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.

Daripada 28 kes baru yang melibatkan para pekerja asing yang tinggal di dormitori, 13 sudah dikuarantin setelah mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 yang disahkan sebelum ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Baki 15 kes dikesan menerusi ujian pemantauan, seperti ujian rutin berjadual setiap dua minggu yang dijalankan ke atas para pekerja yang tinggal di dormitori.

Jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura buat masa ini adalah sebanyak 57,488. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan