Skip to main content

Iklan

Iklan

32 kes baru COVID-19 di S'pura; 1 kelompok baru dikesan

Singapura melaporkan 32 kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat 12.00 tengah hari Sabtu (21 Ogos) termasuk 16 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
32 kes baru COVID-19 di S'pura; 1 kelompok baru dikesan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 21 Aug 2021 11:33PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 11:35PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 32 kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat 12.00 tengah hari Sabtu (21 Ogos) termasuk 16 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Sebanyak 11 kes yang terkait dengan kes-kes sebelumnya sudahpun dikuarantin, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). Lagi lima kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baru itu, seorang warga emas berusia lebih 70 tahun belum divaksin dan berisiko sakit teruk, menurut MOH.

Terdapat juga lima kes import, sekali gus membawa jumlah kes harian COVID-19 di Singapura hari ini kepada sebanyak 37 kes.

Terdapat satu kelompok baru yang dikaitkan dengan Kes 68646, dengan empat kes terkait dengan kelompok tersebut secara keseluruhannya. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kelompok itu.

Buat masa ini, terdapat 76 kelompok aktif di Singapura selepas dua kelompok diisytihar bebas COVID-19.

7 KES TENAT

Sebanyak 364 kes kini dirawat di hospital setakat Sabtu.

Tujuh kes dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU) manakala ada 22 kes penyakit serius yang memerlukan sokongan oksigen, menurut MOH.

Dalam kalangan mereka yang sakit teruk itu, 23 daripada mereka berusia 60 tahun ke atas. Daripada bilangan itu pula, 18 belum divaksin sama sekali atau baru menerima satu dos vaksin.

"Terdapat bukti berterusan bahawa hampir semua individu yang lengkap divaksin tidak mengalami penyakit serius apabila terjangkit kecuali jika mereka mempunyai masalah perubatan sedia ada yang membuatkan mereka lebih terdedah," jelas MOH.

Sepanjang tempoh 28 hari lalu, peratusan kes belum divaksin yang sakit teruk atau meninggal dunia adalah 8.8 peratus manakala bagi mereka yang sudah lengkap divaksin pula adalah 1.7 peratus.

KES TEMPATAN MEROSOT

Secara keseluruhannya, jumlah kes baru dalam masyarakat merosot kepada 260 kes pada minggu lalu berbanding 377 kes pada minggu sebelumnya, menurut MOH.

Jumlah kes dalam masyarakat yang tidak berhubung kait juga jatuh kepada 87 kes pada minggu lalu berbanding 98 kes pada minggu sebelumnya.

Setakat Sabtu, Singapura melaporkan jumlah terkumpul sebanyak 66,443 kes jangkitan COVID-19 dan 47 kematian sejauh ini. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan