Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 pelajar Switzerland berdepan tindakan disiplin gara-gara tipu dijangkiti COVID-19

Sekumpulan pelajar di bandar Basel, Switzerland, memalsukan keputusan positif COVID-19 gara-gara hendak ponteng sekolah.

Anggaran Waktu Membaca:
3 pelajar Switzerland berdepan tindakan disiplin gara-gara tipu dijangkiti COVID-19

Picagari Pfizer-BioNTech di pusat vaksinasi Switzerland. (Gambar: Reuters/Arnd Wiegmann)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 11:30PM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 11:31PM

ZURICH: Sekumpulan pelajar di bandar Basel, Switzerland, memalsukan keputusan positif COVID-19 gara-gara hendak ponteng sekolah.

Perbuatan mereka menyebabkan semua pelajar dalam kelas dikuarantin.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kini mereka berdepan tindakan disiplin setelah muslihat mereka terbongkar.

Tiga pelajar di Sekolah Tinggi Kirschgarten di Basel memalsukan kiriman SMS daripada aplikasi pengesanan kontak COVID-19 di Switzerland, lapor Blick akhbar negara itu.

Perbuatan mereka memaksa sekitar 25 rakan sedarjah dikenakan kuarantin di rumah selama 10 hari. Beberapa guru juga terjejas oleh insiden tersebut hanya beberapa hari sebelum cuti pada bulan Mac.

"Ini bukan sahaja gurauan keanak-anakan, tetapi insiden serius," tegas Simon Thiriet, seorang jurucakap di jabatan pendidikan Basel.

Sekolah itu merancang untuk mengambil tindakan undang-undang jenayah kerana memalsukan "dokumen-dokumen relevan kesihatan" meskipun ia tidak merancang menghukum mereka dibuang sekolah.

Encik Thiriet berkata meskipun para pelajar berada dalam "keadaan susah" disebabkan pandemik tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan bagi perbuatan ketiga-tiga pelajar berkenaan.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan