Skip to main content

Iklan

Iklan

3,200 warga emas disuntik dos ketiga vaksin COVID-19; lebih 12,000 sudah buat janji temu

Sekitar 3,200 warga emas tampil untuk mendapatkan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 pada Rabu (15 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
3,200 warga emas disuntik dos ketiga vaksin COVID-19; lebih 12,000 sudah buat janji temu

Gambar fail. (Gambar: Ong Ye Kung/Facebook)

SINGAPURA: Sekitar 3,200 warga emas tampil untuk mendapatkan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 pada Rabu (15 Sep).

Malah, dalam tempoh sehari saja, lebih 12,000 individu daripada golongan tersebut sudahpun membuat janji temu untuk mendapatkan vaksin tambahan itu.

Demikian didedahkan oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dalam catatan Facebooknya hari ini sambil mengalu-alukan sambutan yang menggalakkan itu.

"Ini adalah satu permulaan yang memberangsangkan dan saya berharap lebih ramai warga emas akan mendapatkan suntikan dos ketiga mereka.

"Vaksin tambahan ini akan melindungi anda dengan lebih baik bagi tempoh selama beberapa bulan lagi atau lebih lama daripada itu," tulis beliau.

Menurut Encik Ong, kebanyakan warga emas yang sudah divaksin berkata mereka sememangnya mahu mendapatkan suntikan dos ketiga itu sebaik layak supaya dapat melindungi diri daripada jangkitan varian Delta.

Tambah beliau lagi, pasukan vaksinasi bergerak turut dikerahkan ke NTUC Health Nursing Home di Geylang East di mana 30 penghuni menerima suntikan dos ketiga pada hari ini.

Bagi mendampingi lebih ramai lagi warga emas, Encik Ong turut mendedahkan bahawa kementeriannya sedang bekerjasama dengan agensi-agensi dan pihak-pihak berkepentingan seperti Persatuan Rakyat (PA) dan Pejabat Generasi Warga Emas (SGO)
untuk "mendampingi, membimbing dan menggalak warga senja supaya tampil mendapatkan suntikan dos ketiga mereka." 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan